PANDANGAN MENGENAI PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN (ONLINE)

Adanya perkembangan zaman dalam era digital revolusi, dibidang pendidikan tidak ketinggalan untuk belajar secara di atas talian. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan dipelbagai negara-negara maju kerana dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan bagi sesiapa sahaja yang menggunakannya. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk memutuskan mata rantai wabak Covid-19 maka dari itu kegiatan pembelajaran dalam talian diterapkan. 

Gambar 1. Proses pembelajaran dalam talian.

Dengan adanya kaedah pembelajaran secara atas talian merupakan suatu keperluan bagi Universiti-universiti tempatan baik awam mahupun swasta, salah satunya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan termasuk seluruh sekolah yang ada di Malaysia. Tidak dapat dinafikan melalui kaedah pembelajaran atas talian banyak manfaat yang boleh didapati. Pengajaran atas talian membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayaninya. Selain itu, pelajar juga dapat melalui proses pembelajaran yang berterusan disamping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan. Fasiliti dan infrastruktur untuk diskusi atas talian serta bantuan pengajaran untuk isi kandungan juga dapat disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan. Di samping itu juga, latihan dan maklumat lebih berstruktur daripada pengajar dapat diselaraskan. Melalui platform yang diperkenalkan pengajar juga dapat berinovasi dalam penyediaan platform kaedah pengajaran dan penyampaian pelbagai maklumat yang lebih sistematik dan efisien. Pelaksanaan pembelajaran di atas talian memerlukan pelajar membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar tidak boleh lagi menggunakan set pemikiran dahulu iaitu menunggu pensyarah untuk bercakap atau berkuliah baharu mula belajar. Jadi dengan adanya pembelajaran di atas talian ini sangat bermanfaat bagi pelajar kerana pelajar dapat mengambil proses pemebelajaran di atas talian ini sebagai pengalaman. Bukan sahaja satu ilmu yang pelajar dapat tetapi pelbagai ilmu yang didapat.


Postingan populer dari blog ini

ISU PENULARAN WABAH YANG MELANDA SELURUH NEGARA SETAKAT INI

TRADISI TARIAN HADRAT DI NEGERI SEPA