Postingan

ISU PENULARAN WABAH YANG MELANDA SELURUH NEGARA SETAKAT INI

Gambar
  Wabah Covid-19 telah mengubah wajah dunia. Sejak ia menjadi isu serius ‘pembunuh’ umat manusia, saat ini semua negara bertindak untuk mengamankan keselamatan warganegaranya. Badan Dunia WHO menyatakan bahawa virus ini telah menjadi pandemi global, hampir seluruh negara melakukan karantina diri atau yang disebut dengan lockdown . Sejak munculnya virus yang berasal dari Wuhan, pada disember 2019, yang tanpa diduga penularannya begitu cepat, tampaknya tidak ada satu negara pun yang “steril” terhadap virus Corona saat ini. Dalam kasus penyebaran Virus Corona, maka ia menyeruak bukan hanya menjadi isu kesehatan, akan tetapi menjadi isu multi dimensi yang bersinggungan dengan konteks sosial masyarakat. Namun, hal ini tampak bertolak belakang dengan isu lingkungan yaitu perubahan iklim dan dampak pemanasan global. Jika Virus Corona sudah dinyatakan sebagai pandemik oleh WHO, maka perubahan iklim pun derajat isunya seharusnya setingkat dengan penyebaran Corona.       ...

TRADISI TARIAN HADRAT DI NEGERI SEPA

Gambar
Indonesia merupakan salah satu negara yang multikulturalisme dengan beragam budaya dan tradisi masing-masing daerah. Tarian Hadrat merupakan salah satu tarian tradisional khas Maluku yang bernuansa Islami yang ditampilkan dalam berbagai ritual adat atau setiap hari raya Idul Adha. Tarian ini dilakukan hampir di seluruh pelosok di Maluku. Akan tetapi, setiap daerah yang memperagakan tarian ini lantunan syair dan tariannya berbeda-beda. Namun tulisan ini hanya berfokus pada tarian Hadrat di negeri Sepa. Kampung Sepa terletak jauh di Maluku Tengah, pesisir Seram Selatan. Sepa merupakan salah satu kampung adat yang tertua di Maluku Tengah, kecamatan Amahai. Tradisi Hadrat di Kampung Sepa sudah lama dilakukan sejak dari masa ke masa dan tradisi ini memiliki nilai spritual. Husen Namasela mengatakan bahawa “Hadrat di Sepa ini sudah menjadi tradisi turun temurun dari leluhur kami, hingga sekarag pun masih dijaga keasliannya dan terus dilestarikan dari generasi ke generasi”, (dikutip dari ...

PANDANGAN MENGENAI PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN (ONLINE)

Gambar
Adanya perkembangan zaman dalam era digital revolusi, dibidang pendidikan tidak ketinggalan untuk belajar secara di atas talian. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama dipraktikkan dipelbagai negara-negara maju kerana dipercayai mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan bagi sesiapa sahaja yang menggunakannya. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk memutuskan mata rantai wabak Covid-19 maka dari itu kegiatan pembelajaran dalam talian diterapkan.  Gambar 1. Proses pembelajaran dalam talian. Dengan adanya kaedah pembelajaran secara atas talian merupakan suatu keperluan bagi Universiti-universiti tempatan baik awam mahupun swasta, salah satunya iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan termasuk seluruh sekolah yang ada di Malaysia. Tidak dapat dinafikan melalui kaedah pembelajaran atas talian banyak manfaat yang boleh didapati. Pengajaran atas talian membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa meng...

Kedudukan bahasa Melayu Ambon di Sepa, Maluku Tengah

Gambar
Kepulauan Maluku terletak jauh dari Selat Melaka di hujung Timur Nusantara. Di kawasan ini terdapat seratus lima puluh tiga bahasa daerah. Antara bahasa/dialek yang dimaksudkan ialah Seram, Ambon, Saparua, Haruku, Boano, Manipa, Kelang, Ambelau dan Buru. Di kalangan bahasa-bahasa daerah ini bahasa Ambon merupakan bahasa lingua franca di seluruh Maluku Tengah sejak awal abad ke-16 (Collins, 1980a). Justeru dengan kedominan bahasa Ambon, bahasa ini memberikan ancaman kepada bahasa daerah minoriti di lingkungannya. Salah satu bahasa minoriti yang diperhatikan mengalami ancaman kepupusan ialah bahasa Sepa yang dituturkan di Kampung Sepa. Kampung ini terletak di Pulau Seram, iaitu Pulau terbesar di wilayah Maluku; lihat peta 1. Sesungguhnya isu kepupusan bahasa daerah berlaku dalam keadaan yang disedari oleh masyarakat dan mereka juga mafhum tentang kesan negatif dari segi pewarisan khazanah ini. Usaha mempertahankan bahasa daerah dari kepupusan selalunya tidak mampu bersaing dengan arus pe...