Kedudukan bahasa Melayu Ambon di Sepa, Maluku Tengah

Kepulauan Maluku terletak jauh dari Selat Melaka di hujung Timur Nusantara. Di kawasan ini terdapat seratus lima puluh tiga bahasa daerah. Antara bahasa/dialek yang dimaksudkan ialah Seram, Ambon, Saparua, Haruku, Boano, Manipa, Kelang, Ambelau dan Buru. Di kalangan bahasa-bahasa daerah ini bahasa Ambon merupakan bahasa lingua franca di seluruh Maluku Tengah sejak awal abad ke-16 (Collins, 1980a). Justeru dengan kedominan bahasa Ambon, bahasa ini memberikan ancaman kepada bahasa daerah minoriti di lingkungannya. Salah satu bahasa minoriti yang diperhatikan mengalami ancaman kepupusan ialah bahasa Sepa yang dituturkan di Kampung Sepa. Kampung ini terletak di Pulau Seram, iaitu Pulau terbesar di wilayah Maluku; lihat peta 1. Sesungguhnya isu kepupusan bahasa daerah berlaku dalam keadaan yang disedari oleh masyarakat dan mereka juga mafhum tentang kesan negatif dari segi pewarisan khazanah ini. Usaha mempertahankan bahasa daerah dari kepupusan selalunya tidak mampu bersaing dengan arus pengembangan bahasa nasional dan bahasa lingua franca lokal. Situasi ini telah mewujudkan satu jurang generasi dari segi bahasa, iaitu bahasa daerah hanya mampu dikuasai oleh golongan tua, tetapi generasi muda sudah tidak fasih berbahasa daerah lagi. Sebagai penutur asli bahasa Sepa, pengkaji mengaku jurang bahasa antara generasi telah lama wujud di Kampung Sepa dan menyajikan isu-isu sosiolinguistik menarik untuk dikaji, terutamanya dari aspek pemilihan bahasa.

 

peta 1, Pulau Seram terletak di  Provinsi Maluku. 

    Orang Sepa dulunya rata-rata boleh berbahasa Sepa. Namun, pada abad ke-17 bahasa Ambon di angkat sebagai bahasa penyiaran dalam agama. Tidak lama kemudian, pada abad ke-18 bahasa Ambon telah menggantikan bahasa asli Maluku ialah bahasa Ambon; lihat (Collins 2003). Dyen (1965) sempat meyinggung mengenai bahasa Ambon bahawa dialek bahasa Ambon merupakan dialek yang sangat menyimpang sehingga tidak sama dengan bahasa-bahasa Melayu lain. Sehingga bahasa ibunda tempatan ditiadakan bahkan ada sebahagian kampung yang bahasanya sudah pupus. Dalam setiap pertuturan, bahasa yang kerap gunakan ialah bahasa Ambon kerana bahasa ini dapat mempermudah penutur semasa bertutur dengan lawan bicaranya. Sementara itu, bahasa ibunda tiap-tiap etnik hanya dapat digunakan antara sesama etnik atau suku sahaja. 


Postingan populer dari blog ini

ISU PENULARAN WABAH YANG MELANDA SELURUH NEGARA SETAKAT INI

TRADISI TARIAN HADRAT DI NEGERI SEPA

PANDANGAN MENGENAI PEMBELAJARAN DI ATAS TALIAN (ONLINE)